Monday, August 2, 2010

Buku 101 Contoh Soalan Dan Jawapan Temuduga Sektor Awam

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul serta kamu mengkhianati amanah (yang kamu sanggup) sedangkan kamu mengetahui” (Surah Al-Anfal : 27)


Peranan utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah melaksanakan “incoming inspection” ke atas input tenaga manusia yang memasuki sistem pentadbiran awam. Tanggungjawab ini perlu disempurnakan dengan baik agar hanya input yang berkualiti sahaja akan memasuki perkhidmatan ini sepertimana yang disebut oleh YBhg. Tan Sri Jamaluddin bin Hj Ahmad Damanhuri, Pengerusi SPA iaitu untuk mendapatkan “the best and the brightest talent”. Bagi pengambilan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD), konsep “Asessment Centre” telah diperkenalkan sejak tahun 1999, manakala bagi anggota perkhidmatan lain sistem pengambilan ini harus memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh JPA atau agensi yang memberi penekanan kepada kualiti peribadi di samping ilmu pengetahuan. Usaha-usaha ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Buku ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pembacaan saya ketika menghadapi temuduga, kajian dalam buku-buku ilmiah yang lain serta internet. Ianya amat sesuai bagi mereka yang akan menghadapi temuduga perkhidmatan awam sama ada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Akauntan, Juruaudit, Pegawai Hal Ehwal Ekonomi, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir dan sebagainya. Saya amat bersetuju dengan kata-kata Collin Powel, mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat iaitu ”There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work and learning from failure”. Falsafah Eaton Corporation pula ialah “Planning. Doing things today to make us better tomorrow. Because the future belongs to those who make the hard decisions today”. Apa yang pasti ialah perancangan, kerja gigih dan belajar daripada kesilapan orang lain dan diri sendiri adalah elemen yang penting untuk berjaya.


.........Untuk makluman, buku ini adalah setebal 111 muka surat dan mengandungi kaedah temuduga dan 101 soalan berserta contoh jawapan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan buku  ini sebagai panduan anda untuk menghadapi temuduga Sektor Awam. Tunggu keluarannya di pasaran...