1. Sila pastikan anda membaca dan memahami dengan
teliti surat panggilan temuduga.
2. Buat persediaan fizikal seperti memohon cuti atau
kebenaran daripada majikan untuk menghadiri temu duga , menyediakan alat tulis
(jika perlu), pakaian yang bersesuaian dan sebagainya.
3. Buat persediaan mental seperti berehat secukupnya
sehari sebelum hari temuduga, tenangkan perasaan dan berfikiran positif.
4. Kenalpasti pusat temu duga anda dan rancang
perjalanan ke tempat yang hendak di tuju.
5. Buat persediaan mengenai jawatan yang akan ditemu
duga seperti nama dan gred jawatan; bidang tugas; kemahiran yang di
perlukan; pengetahuan am mengenai pemerintahan dan pentadbiran kerajaan negeri
Pahang, kerajaan persekutuan; membaca akhbar dan mengenalpasti isu
semasa negara dan negeri Pahang; dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengannya.
6. Bersikap sabar, tertib dan sopan santun sepanjang
tempoh menghadiri temuduga.
7. Pamerkan penampilan diri yang kemas dan positif.
8. Menjawab soalan-soalan dengan tenang, teratur dan
berkeyakinan.
9. Kurangkan berbual-bual secara berlebihan semasa
menunggu giliran temu duga. Ini kerana ia akan mengganggu persediaan dan fokus
anda serta calon-calon lain.
10. Sila tinggalkan pusat temu duga sebaik sahaja
selesai sesi temu duga anda dan elakkan berkongsi maklumat dengan calon-calon lain
mengenai sesi temu duga yang telah anda hadiri.
..SELAMAT BERJAYA
No comments:
Post a Comment