RESUME
-Gambar
Ukuran Pasport-
|
Biodata
Nama : AHMAD BIN ABDULLAH
No. Kad Pengenalan : 123456-03-1234
Umur : 29 Tahun
Taraf Perkahwinan :
Bujang
No. Telefon : 019-1234567
E-Mail : ahmad@yahoo.com
Alamat Tetap :
Kg Belimbing, Kedai Mulong, 16010 Kota Bharu, Kelantan
|
Pendidikan
2005 : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
(Pemasaran) (Kepujian) Universiti Teknologi MARA Shah Alam
2003 :
Diploma Perakaunan
Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Selangor
1998 :
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sek. Men. Mulong, Kota Bharu, Kelantan
|
Pengalaman
2008 - sekarang :
Pegawai Pemasaran Syarikat ABC Sdn. Bhd.
2005 – 2007 : Guru
Sandaran Sek. Men. Mulong, Kota Bharu, Kelantan
|
Visi
Menjadi Pegawai Kerajaan yang ternama, dari segi kecekapan, bersih
dan amanah.
|
Saturday, January 17, 2015
CONTOH RINGKAS RESUME UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA KERAJAAN
Tuesday, January 13, 2015
KISAH MENGHADAPI TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD)
Sebelum berjaya dalam temuduga memasuki sektor awam, saya telah beberapa kali gagal dalam temuduga. Kegagalan itu tidak mematahkan semangat saya, bahkan telah menguatkan lagi semangat untuk terus mencuba. Saya teringat akan satu pujangga "A true failure is not fail, but it is not trying", justeru itu, saya terus mencuba dan tidak akan putus asa sama sekali.
Saya juga telah gagal dalam peperiksaan memasuki Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada kali pertama. Saya mencuba untuk kali yang kedua dan Alhamdulillah berjaya. Untuk peperiksaan kali kedua, saya telah membuat persediaan yang secukupnya dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
Saya telah membaca Buku Malaysia Kita sebanyak dua kali serta mengulangkaji karangan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Saya berpegang pada kata-kata seorang jutawan hartanah di Amerika yang mengatakan bahawa tidak cukup persediaan akan menyebabkan kekalahan".
Saya dipanggil temuduga dan alangkah sedihnya pada waktu itu apabila surat yang diterima menyatakan "Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya". Soalan yang ditanya pada masa temuduga ini agak sukar dan spesifik. Ini menyebabkan saya tidak lancar menjawabnya. Setelah berfikir dan merenung jauh apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan kegagalan ini, maka saya dapati bahawa saya tidak cukup persediaan dan terlalu yakin.
Alhamdulillah, saya dapat panggilan kali kedua. Kali ini saya bertekad bahawa saya harus membuat persediaan yang secukupnya, tidak terlalu yakin dan perlu menjawab soalan dengan lancar. Saya tidak lokek untuk ke perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomati (PTD). Saya mengulangkaji soalan-soalan popular temuduga yang saya dapat daripada internet dan daripada pengalaman pertama temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saya juga fokus kepada soalan pertama temuduga yang biasanya menjadi pembuka bicara iaitu "Sila perkenalkan diri anda or Please introduce yourself". Saya juga menghafal lapan bidang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Dasar-Dasar Kerajaan. Dengan berbekalkan usaha yang gigih, tawakal dan doa kepada Allah S.W.T., Alhamdulliah akhirnya saya berjaya dalam temuduga pada kali kedua ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)