Friday, February 17, 2012

PERSEDIAAN & TIPS MENGHADIRI TEMU DUGA

1. Sila pastikan anda membaca dan memahami dengan teliti surat panggilan temuduga.
2. Buat persediaan fizikal seperti memohon cuti atau kebenaran daripada majikan untuk menghadiri temu duga , menyediakan alat tulis (jika perlu), pakaian yang bersesuaian dan sebagainya.
3. Buat persediaan mental seperti berehat secukupnya sehari sebelum hari temuduga, tenangkan perasaan dan berfikiran positif.
4. Kenalpasti pusat temu duga anda dan rancang perjalanan ke tempat yang hendak di tuju.
5. Buat persediaan mengenai jawatan yang akan ditemu duga seperti nama dan gred jawatan; bidang tugas; kemahiran yang di perlukan; pengetahuan am mengenai pemerintahan dan pentadbiran kerajaan negeri Pahang, kerajaan persekutuan; membaca akhbar dan mengenalpasti isu semasa negara dan negeri Pahang; dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
6. Bersikap sabar, tertib dan sopan santun sepanjang tempoh menghadiri temuduga.
7. Pamerkan penampilan diri yang kemas dan positif.
8. Menjawab soalan-soalan dengan tenang, teratur dan berkeyakinan.
9. Kurangkan berbual-bual secara berlebihan semasa menunggu giliran temu duga. Ini kerana ia akan mengganggu persediaan dan fokus anda serta calon-calon lain.
10. Sila tinggalkan pusat temu duga sebaik sahaja selesai sesi temu duga anda dan elakkan berkongsi maklumat dengan calon-calon lain mengenai sesi temu duga yang telah anda hadiri.
..SELAMAT BERJAYA

No comments:

Post a Comment